Selasa, 1 September 2015

PUNCA-PUNCA PENAGIHAN DADAH

1.DIPENGARUHI OLEH ORANG LAIN.(PENGARUH RAKAN SEBAYA)
remaja yang masih lagi cuba untuk mengenali pelbagai aktiviti atau budaya baru tidak tahu membezakan antara gejala yang negatif atau positif.
remaja mudah terikut-ikut dengan kata dan arahan rakan-rakan atau orang lain tanpa menyedari kesan buruknya.

2.SIKAP INGIN MENCUBA.
pada zaman sekarang,remaja semakin aktif dan sentiasa ingin mencuba perkara yang baru dan ini merupakan peringkat pertama bagi sesuatu ketagihan dadah.

3.KEKURANGAN KASIH SAYANG.
kekurangan kasih sayang dan perhatian daripada ibubapa juga akanmenyebabkan remaja terjebak dengan aktiviti negatif kerana tingkahlaku anak-anak tidak diperhatikan dan mereka akan lebih mempercayai individu lain yang sentiasa bersama mereka daripada ibu bapanya walaupun individu tersebut tiada niat yang baik.

4.TIADA KEPERCAYAAN ROHANI YANG TEGUH.
bagi remaja yang kurang kepercayaan rohani,mereka akan mengabaikan pantang larang hidup dan melanggarnya dengan perbuatan seperti menghisap dadah

5.KURANG PENDIDIKAN/PENGETAHUAN TENTANG DADAH .
ramai remaja negara masih lagi kurang mengetahui tentang dadah dan tahap bahaya kesan dadah tersebut.

Ibu bapa tidak memainkan peranan masing masing untuk mendidik anak-anak mengelakkan diri daripada dadah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan