1.DIPENGARUHI OLEH
ORANG LAIN.(PENGARUH RAKAN SEBAYA)
remaja yang masih lagi cuba untuk mengenali
pelbagai aktiviti atau budaya baru tidak tahu membezakan antara gejala yang
negatif atau positif.
remaja mudah terikut-ikut dengan kata dan
arahan rakan-rakan atau orang lain tanpa menyedari kesan buruknya.
2.SIKAP INGIN MENCUBA.
pada zaman sekarang,remaja semakin aktif dan
sentiasa ingin mencuba perkara yang baru dan ini merupakan peringkat pertama
bagi sesuatu ketagihan dadah.
3.KEKURANGAN KASIH
SAYANG.
kekurangan kasih sayang dan perhatian daripada
ibubapa juga akanmenyebabkan remaja terjebak dengan aktiviti negatif kerana
tingkahlaku anak-anak tidak diperhatikan dan mereka akan lebih mempercayai
individu lain yang sentiasa bersama mereka daripada ibu bapanya walaupun
individu tersebut tiada niat yang baik.
4.TIADA KEPERCAYAAN ROHANI YANG TEGUH.
bagi remaja yang kurang kepercayaan
rohani,mereka akan mengabaikan pantang larang hidup dan melanggarnya dengan
perbuatan seperti menghisap dadah
5.KURANG PENDIDIKAN/PENGETAHUAN TENTANG DADAH .
ramai remaja negara masih lagi kurang
mengetahui tentang dadah dan tahap bahaya kesan dadah tersebut.
Ibu bapa tidak memainkan peranan masing masing
untuk mendidik anak-anak mengelakkan diri daripada dadah